untuk membuat satu blog yang bertajuk pemberian ganjaran menurut perspektif Islam.Kami harap info yang kami huraikan dapat menambah ilmu pengetahuan tentang pemberian ganjaran menurut perspektif islam.
Ahli Kumpulan :
1. SHAZULAIKA BANU BINTI SHAH00BAR ALI
(16DAT15F2006)
3. SITI NORSHAHIERA BINTI ROSLEE
(16DAT15F2019)
4. SITI NURA’ISYAH BINTI HASNOR
(16DAT15F2013)
5.NURUL FARINA BINTI ROSLI
(16DAT15F2001)
6.SITI ATIKAH BEVE BINTI MOHAMAD
FAIZOL
(16DAT15F2017)
PENGENALAN
·
Objektif penulisan
ini adalah untuk menerangkan tentang pemberian
ganjaran menurut perspektif Islam dalam sistem pendidikan dan dalam sistem
organisasi,seperti yang kita ketahui ganjaran ini mempunyai banyak maksud dari
segi segala aspek.
·
Pertama kami
akan huraikan pemberian ganjaran menurut perspektif Islam dalam sistem
pendidikan seperti pengertian ganjaran melalui pelbagai rujukan,prinsip-prinsip
pemberian ganjaran,kelebihan ganjaran dan keburukan ganjaran.
Kedua kami akan huraikan
pemberian ganjaran menurut perspektif Islam dalam sistem organisasi pula,seperti
pengertian ganjaran menurut perspertik Islam,tujuan ganjaran diberi dan faktor-faktor
yang menpengaruhi nilai ataupun besarnya ganjaran.
Antaranya ialah sinonim bagi ganjaran.
GANJARAN
DALAM PENDIDIKAN
Pengertian
ganjaran
·
Menurut Kamus Dewan
Bahasa dan Pustaka,disebutkan bahawa ganjaran adalah hadiah(sebagai pembalasan
jasa),hukuman,balasan. Dari pengertian ini dapat difahami bahawa ganjaran ini
boleh digunakan untuk balasan yang baik ataupun buruk.
·
Contoh hadiah, ali
memenangi pertandingan berpuisi di tempat pertama dan mendapat sijil berserta
wang. Contoh lain,setiap orang akan mendapat balasan seperti pahala atau dosa
dalam setiap tindakan yang dilalukan di bumi ini.
·
Seterusnya
ganjaran dalam Bahasa Arab diistilahkan sebagai Tsawab.Tsawab juga bermaksud pahala,upah,balasan.
Tsawab ini banyak digunakan di dalam Al Quran,ia berbicara tentang apa yang akan
diterima oleh seseorang di dunia mahupun di akhirat dari amal perbuatannya.Di
dalam Al Quran Tsawab selalu diterjemahkan kepada balasan yang baik.
·
Contoh,jika
seorang pelajar itu tidak menipu dalam pelajarannya dia akan dapat balasan
pahala di akhirat dan mungkin akan mendapat balasan di dunia dengan kejayaannya
seperti mendapat kerja yang bagus dari segi gaji atau tempat kerja itu.
Prinsip-prinsip pemberian ganjaran
·
Pemberian
penghargaan
-Pemberian penghargaan selalunya diberi
kepada orang yang menyumbangkan tenaga,fikiran ataupun idea-ideanya untuk
menyelesaikan sesuatu masalah.
-Selain itu, ia juga diberi kepada orang
yang berjaya dalam sesuatu perkara contoh pelajar mendapat sijil
kecemerlangan kerana cemerlang dalam pelajarannya.
·
Penghargaan
berupa perhatian
-Alternatif bentuk hadiah yang terbaik
bukanlah barangan tetapi berupa perhatian fizikal dan pujian.Perhatian pujian
seperti memberi pujian terhadap apa yang mereka lakukan.
-Perhatian fizikal seperti pelukan.Perkara ini
sering berlaku bila masa anaknya mendapat cemerlang dalam pelajaran ibubapa
memberi pelukan sebagai hadiah kepadanya.
Kelebihan Ganjaran
·
Memberikan
pengaruh yang cukup besar terhadap jiwa pelajar untuk melakukan perbuatan yang positif dan
bersikap progresif.
-Contoh Izwan seorang
pelajar yang sering mendapat pujian daripada guru disebabkan sikapnya yang suka
menolong dan ia mempengaruh rakan-rakan yang lain untuk mengikuti sikapnya itu.
·
Dapat menjadi
pendorong bagi murid yang lain untuk mengikut murid yang telah memperolehi
pujian dari guru-gurunya berdasarkan sikapnya yang baik dalam tingkah laku dan
sopan santun.
-Dapat menjadi contoh
tauladan yang baik kepada rakan-rakan yang lain.
·
Dapat memberi
semangat kepada pelajar dalam pelajaran.Contohnya guru memberi hadiah apabila
membuat soal jawab atau kuiz dengan murid.murid akan rasa lebih seronok untuk
belajar.
Keburukan Ganjaran
·
Dapat
menimbulkan impak negatif apabila guru melakukannya secara berlebihan, sehingga
menjadikan murid merasa bahawa dirinya lebih hebat dari rakan-rakannya
-.Menurut Islam, sifat
riak dalam diri tidak seharusnya berlaku kerana apabila perkara ini berlaku
terhadap diri seorang murid.Murid itu tidak akan mendengar nasihat dari
rakan-rakannya kerana ia merasakan dia lebih pintar dan bagus dari rakannya
itu.
·
Umumnya ganjaran
memerlukan alat tertentu serta memerlukan perbelanjaan dan lain-lain.
-Ia juga boleh
menyebabkan kecurian contoh seseorang murid itu tidak mempunyai wang untuk
membeli hadiah dan dia mencuri wang ibubapanya untuk membeli hadiah kepada
rakannya .
GANJARAN
DALAM ORGANISASI
Pengertian
Ganjaran
·
Beberapa
pengertian mengenai ganjaran diantaranya adalah Skinner mengungkapkan bahawa
ganjaran ialah aspek yang saling berkaitan dengan nilai-nilai yang mempengaruhi
kehendak seorang individu.
·
Selain
itu,ganjaran merupakan apa yang seorang pegawai terima sebagai balasan dari
pekerjaan yang diberikannya.contoh macam gaji.elaun dan bonus.
·
Dengan kata lain
ganjaran merupakan sesuatu yang pegawai dapatkan yang disesuaikan dengan pekerjaan
yang diterima sebagai balasan apa yang dia kerjakan.
·
Menurut Islam,Allah
SWT berjanji akan memberi balasan yang baik terhadap orang yang melakukan
sesuatu tindakan yang baik sebagaimana firmanNya;
“Sesiapa yang
beramal soleh,dari lelaki atau perempuan,sedang ia beriman,maka sesungguhnya
kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik, dan sesungguhnya kami
akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka
telah kerjakan”.
(surah al-nahl:97)
Tujuan
Ganjaran
Tujuan dari ganjaran
yang diberikan oleh organisasi diantaranya adalah sebagai berikut:-
·
Diberi kepada
pekerja kerana telah menyumbangkan tenaga dari fizikal ataupun mental.Contoh,menurut Islam hanya beri
ganjaran apabila seseorang itu melakukan kerja dengan jujur dan amanah.
·
Ganjaran yang
diberikan oleh organisasi,diharapkan mampu menbuat anggota organisasi selesa
dengan lingkungan organisasi,sehingga tidak menimbulkan keinginan anggota
organisasi untuk berpindah ke organisasi lain.Menurut Islam,betapa pentingnya
nilaian dan penghargaan terhadap seseorang pekerja yang melaksanakan tugasanya
dengan bersungguh-sungguh dan penuh tanggungjawab.
·
Ganjaran
biasanya diberi berdasarkan prestasi cemerlang yang ditunjukkan oleh pekerja
dalam menjalankan kerja mereka.Menurut islam kesungguhannya wajib diakui dan
dihargai. Dalil hadis daripada Umar Al Khattab r.a : "sesungguhnya setiap pekerjaan itu diambil kira berdasarkan niatnya.
Faktor-Faktor
Yang Mempengaruhi Nilai/Besarnya Ganjaran
Terdapat beberapa
faktor yang mempu mempengaruhi nilai atau besaran ganjaran yang
diberikan,diantaranya adalah sebagai berikut:-
·
Lokasi kerja
-lokasi kerja kita juga
menentukan ganjaran yang diterima.Tempat kerja yang sesuai dengan perspektif Islam adalah tempat yang tidak bertentang dengan Islam seperti kelab
malam,pusat perjudian dan lain-lain lagi. Firman
Allah SWT yang bermaksud : Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya
arak,judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah,
adalah (semuanya) kotoe(keji) dari perbuatan Syaitan.Oleh itu,hendaklah kamu
menjauhinya supaya kamu berjaya. (Surah Al-Maaidah: 90)
·
Kualifikasi
-Pengalaman
kerja,keterampilan dan latar belakang pendidikan boleh mempengaruhi ganjaran
yang diterima oleh seorang pegawai.Menurut perspektif Islam,jika kerja yang
dilakukan dengan jujur dan tanggungjawab maka ganjaran itu didapati adalah atas
dasar usaha diri sendiri.
·
Besarnya perusahaan
-Meskipun pada dasarnya
memiliki proses yang sama,tetapi berbeza perusahaan akan berbeza pula pada
ganjaran yang diterima.Namun,ganjaran biasanya disertai juga tanggungjawab yang
besar.Menurut Islam,ganjaran yang berkat adalah apabila kita melakukan sesuatu tugas
dan tanggunjawab dengan amanah dan jujur.
·
Industri
-Dalam lingkungan industri,memberikan
risiko kerja.Semakin tinggi risiko kerja,maka semakin besar pula ganjaran yang
akan diterima.
Kesimpulan
Secara keseluruhannya,ganjaran mempunyai
pelbagai maksud berdasarkan sesuatu tindakan kita contoh upah, hadiah, balasan,pahala,sambutan,rahmat
dan takdir. Jika perbuatan kita ke arah kebaikan maka ganjaran yang baiklah
kita dapat tetapi jika perbuatan kita melanggar hukum hakam Islam maka balasannya
akan ditentukan sama ada di dunia mahupun di akhirat.Allah SWT telah berjanji,
manusia tidak akan diberi ganjaran dan tidak dikenakan hukuman kecuali yang
sesuai dengan apa yang dilakukan olehnya. Firman Allah lagi bermaksud “Manusia tidak diberi ganjaran kecuali yang selaras dengan apa yang
diusahakan” (surah
Al Najm:39).
Kerja
merupakan kesungguhan yang dilaksanakan oleh manusia untuk mendapatkan upah
atau ganjaran. Manakala,ibadah merupakan kepatuhan dan ketaatan kita kepada
kekuasaan Allah yang diiringi kesanggupan menyerah diri kepadanya.Sesungguhnya setiap perbuatan yang dilakukan oleh seorang
muslim merupakan ibadah jika ia mematuhi garis panduan yang dikehendaki oleh hukum syarak.
Saranan kami sebagai pelajar adalah supaya
seseorang itu mestilah mendapat ganjaran berdasarkan tugasan dan
tanggungjawabnya dengan ikhlas bukan hanya menyempurnakan tugasan semata-mata
untuk menyelesaikan tugasan sahaja.Kerana keikhlasan dalam melakukan setiap pekerjaan pasti
akan membuahkan hasil yang baik dan penuh hikmah.Segala tindakan dan kerja
hendaklah berorientasikan ciri-ciri dan nilai-nilai kerja sebagai amal soleh
dan bersifat selari antara dunia dan akhirat.Seseorang islam tidak kira pekerja
atau pengurus wajib mempraktikkan cara hidup syumul berpandukan Al-quran dan
Al-sunnah agar setiap perkara yang dilakukan tidak bertentang dengan syariat
Islam.
Rujukan
Buku/ Majalah/Internet :
Kamus Dewan edisi keempat 2007.Dewan dan Pustaka
Pengurusan di Malaysia:Dari Perspektif Islam – Azman Che Omar,terbitan Dewan dan Pustaka.
Pengurusan dalam Islam – Ahmad Ibrahim Abu Sin
Kepimpinan dan Pengurusan dalam Organisasi – Hjh. Siti Aluyah Hj. Mohd Ali,Kaunselor Intec
http://www.academia.edu/3788948/Pengurusan_Dalam_Islam - Asnuurien Najma, Politeknik Merlimau Melaka,Jabatan Pengajian Am,Faculty member.
No comments:
Post a Comment